F-one Afs
Total Pageviews
Sunday, 25 March 2012
Dahsyatnya
Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut
Sabda Rasulullah SAW:
“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR
Tirmidzi)
“Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di
selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa
serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)
Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW
Ka’b al-Ahbar berpendapat :
“Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut
seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga
ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan
meninggalkan yang tersisa”.
Imam Ghozali berpendapat
:
“Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke
seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sekarat merasakan
dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat saraf, sendi, dari
setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.
Imam Ghozali juga mengambil satu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang
sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan
satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka dapat mengetahui gambaran
sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka
dihadapkan pada seorang lelaki yang muncul dari salah satu kubur.
“Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
“Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)
4SYARAT HIDUPKAN HATI DENGAN AL-QURAN......
Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada
pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat
dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan
menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat
dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan
al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan
bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan
kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan
penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia
mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah
kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya
al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya
bermaksud:
"Taha (maknanya hanya
diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi
susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu
diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah
Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran,
kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang
dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu
tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca
al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah
al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan
maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka
merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah
Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan
pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima
kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam
Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati
pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan
mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam
jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang
kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima
kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya.
Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab)
tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima
hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah)
diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman
untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan.
Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian
akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang
bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang
terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di
dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka
hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri
yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu
beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin
melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan
dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW
bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah
akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak
antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan
terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak
dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu
terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu
licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada,
manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga
yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran,
segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam
Kitab Iman, Hadis No. 207)
Subscribe to:
Posts (Atom)